Monday, 14 May 2018


Juri dari Glue Studio

Tiba masanya insafla diri,dan kini telah bermula presentation Final Year Project 2 pada hari Isnin.Ramai juga yang datang tengok,yang datang tengok lagi ramai dari yang present..hahhaa...Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan student-student sudah dibasuh habis-hasbisan dengan artwork yang ditunjukkan..Glue studio ini adalah company 2D di Malaysia yang antara terhebat dikalangan industri Animation.

Sunday, 13 May 2018



Jom ke exhibition kami di Quill Mall Jalan Sultan Ismail berdekatan dengan Universiti Kuala Lumpur MIIT.Mari memeriahkan suasana dan boleh melihat pelbagai jenis artwork dan short film.Tema kami kali ini adalah 'Retro" zaman 70s an punya fesyen.Kami akan berlangsung selama dua hari di tingkat satu Quill mall.

Friday, 11 May 2018




Dah macam kad kahwin pun ada..sementara menunggu hari presentationya tiba.Sempatla juga mengodek sedikit-sedikit design untuk subject exhibition nanti yang terus berlangsung sebaik sahaja sehari selepas presentation dijalankan.



Ni orang kata design takda duit..hahaa..nak buat macam mana dah tengah bulan..duit pon dah pokai so kena la bijak mendesign supaya tak banyak keluar duit.

Tuesday, 8 May 2018


Pelik ker? dengan tiba-tiba gambar kuih ini?...

Haaa..inilah dia kisah doa-doa mereka dimakbulkan..apabila presentation Fyp 2 dibatalkan pada hari yang sepatutnya.Kegembiraan yang tak terucap pada meraka dan juga kesedihan yang melanda pada crew bahagian makanan bila sudah pun menyediakan makanan buat juri dan Mr.M yang amat comel dan disayangi sangat-sangat.

Presentation pon dianjak ke minggu seterusnya..ada yang tak balik mengundi...kah kah kah..nasib la kome..sapa suh duk jauh..ngeh3

Monday, 7 May 2018

Tarikh present makin dekat, elok pulak present hari sebelum Pru-14 yakni hari Selasa 8 haribulan 5.Video masih belum lagi complete siap lagi sound effect dan background musicnya.Nak tak nak kena siapkan secepat yang mungkin tapi quality kena jaga.

Alhamdullilah,dengan bantuan dan pendapat kawan-kawan banyak membantu dalam proses untuk cari lagu dan susunan shot yang sesuai.Ramai lagi yang tak siap dan meminta -minta agar dipostpone kan presentation Fyp ini.

Friday, 4 May 2018


Bersama pelukis Boruto (Alang)

Kerja-kerja juga kesihatan perlu diutamakan..nak-nak pulak joging bersama antara pelukis anime Boruto iaitu Alang Syaheran yang intern di company Dreamatix Subang Jaya.Masa ni boleh la joging dibukit Cinta di Universiti Malaya.Adalah lebih kurang 5km lebih untuk satu pusingan.

Kalau joging hari weekend, memang ramai joging sekali dan sambil-sambil tu leh cuci mata maaaa.

Thursday, 3 May 2018




Bantuan tiba tepat pada masanya...AMIIIN
Alhamdulillah dengan izinnya aku
dapat keizinan dari pihak atasan UNIKL
aku dapat gunakan Pc berkuasa tinggi yang aku tahu harga dia RM15 ribu


PC CRIB TINGKAT 16

Dengan adanya pc CRIB di tingkat 16, makanya rendering untuk Fyp short film aku pun bermula.Tobat tak tipu korang pc dia memang laju dalam satu minggu aku dapat habiskan renderinng hampir half dari scene Fyp aku.Cuma aku dah turunkan resolution atau kata lain quality dia aku kurangkan dari Full Hd ke Hd saja.



Wednesday, 2 May 2018


Scene Minyak

Scene ni bagi aku antara scene yang susah nak aku animate.Sebabnya boleh pulak bekas minyak itu jauh dari character robot aku tu.Jadi nak tak nak aku terpaksa jugak cari jalan macam mane nak capai bekas minyak tu.

                                                                                
 


Tadaaaaa...dan inilah cara yang aku dapat fikir.Tiba-tiba idea ini muncul dalam kepala aku yang ak just drag bahu robot ini, so tangan robot ini dapat capai ke botol minyak itu.Sebab dia nak minyak itu untuk dia letak ke roda dikaki dia so boleh kurangkan karat dekat roda dia dan boleh dia jalan seperti biasa.

Tuesday, 1 May 2018










Scene First Final Year Project 2

Remake balik scene pertama yang sebelum ni kurang menarik dan camera angle yang tak ada sense of art.Model jam dalam gambar diatas adalah refernce dari cerita animation Film `The Robot`.Pada mulanya aku nak render 2D punya style.Tapi disebabkan aku tak mahir lagi selok belok software Blender ini,jadi result 2D rendering jadi seperti gamba diatas.

  So, aku buat keputusan untuk render seperti biasa yang ke arah realistic.Walaupun aku tahu yang pc aku tak mampu nak menanggung untuk render 3 minit short film yang perlu disiapkan lagi lebih kurang 3 minggu lagi.Lepas beberapa cubaan ak buat untuk cari angle yang terbaik yang ak rasa ok untuk tak bosankan audience bila tengok Fyp short film aku.Maka dengan izinnya terjadi la angle yang dipersembahkan di gmba bawah.


 
Final for First Scene

Short angle yang ak pilih adalah close up pada jam tu dan jarum jam tu bergerak menunjukkan jam pukul 7pagi.