Monday, 14 May 2018


Juri dari Glue Studio

Tiba masanya insafla diri,dan kini telah bermula presentation Final Year Project 2 pada hari Isnin.Ramai juga yang datang tengok,yang datang tengok lagi ramai dari yang present..hahhaa...Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan student-student sudah dibasuh habis-hasbisan dengan artwork yang ditunjukkan..Glue studio ini adalah company 2D di Malaysia yang antara terhebat dikalangan industri Animation.

Sunday, 13 May 2018



Jom ke exhibition kami di Quill Mall Jalan Sultan Ismail berdekatan dengan Universiti Kuala Lumpur MIIT.Mari memeriahkan suasana dan boleh melihat pelbagai jenis artwork dan short film.Tema kami kali ini adalah 'Retro" zaman 70s an punya fesyen.Kami akan berlangsung selama dua hari di tingkat satu Quill mall.

Friday, 11 May 2018




Dah macam kad kahwin pun ada..sementara menunggu hari presentationya tiba.Sempatla juga mengodek sedikit-sedikit design untuk subject exhibition nanti yang terus berlangsung sebaik sahaja sehari selepas presentation dijalankan.



Ni orang kata design takda duit..hahaa..nak buat macam mana dah tengah bulan..duit pon dah pokai so kena la bijak mendesign supaya tak banyak keluar duit.

Tuesday, 8 May 2018


Pelik ker? dengan tiba-tiba gambar kuih ini?...

Haaa..inilah dia kisah doa-doa mereka dimakbulkan..apabila presentation Fyp 2 dibatalkan pada hari yang sepatutnya.Kegembiraan yang tak terucap pada meraka dan juga kesedihan yang melanda pada crew bahagian makanan bila sudah pun menyediakan makanan buat juri dan Mr.M yang amat comel dan disayangi sangat-sangat.

Presentation pon dianjak ke minggu seterusnya..ada yang tak balik mengundi...kah kah kah..nasib la kome..sapa suh duk jauh..ngeh3

Monday, 7 May 2018

Tarikh present makin dekat, elok pulak present hari sebelum Pru-14 yakni hari Selasa 8 haribulan 5.Video masih belum lagi complete siap lagi sound effect dan background musicnya.Nak tak nak kena siapkan secepat yang mungkin tapi quality kena jaga.

Alhamdullilah,dengan bantuan dan pendapat kawan-kawan banyak membantu dalam proses untuk cari lagu dan susunan shot yang sesuai.Ramai lagi yang tak siap dan meminta -minta agar dipostpone kan presentation Fyp ini.

Friday, 4 May 2018


Bersama pelukis Boruto (Alang)

Kerja-kerja juga kesihatan perlu diutamakan..nak-nak pulak joging bersama antara pelukis anime Boruto iaitu Alang Syaheran yang intern di company Dreamatix Subang Jaya.Masa ni boleh la joging dibukit Cinta di Universiti Malaya.Adalah lebih kurang 5km lebih untuk satu pusingan.

Kalau joging hari weekend, memang ramai joging sekali dan sambil-sambil tu leh cuci mata maaaa.

Thursday, 3 May 2018




Bantuan tiba tepat pada masanya...AMIIIN
Alhamdulillah dengan izinnya aku
dapat keizinan dari pihak atasan UNIKL
aku dapat gunakan Pc berkuasa tinggi yang aku tahu harga dia RM15 ribu


PC CRIB TINGKAT 16

Dengan adanya pc CRIB di tingkat 16, makanya rendering untuk Fyp short film aku pun bermula.Tobat tak tipu korang pc dia memang laju dalam satu minggu aku dapat habiskan renderinng hampir half dari scene Fyp aku.Cuma aku dah turunkan resolution atau kata lain quality dia aku kurangkan dari Full Hd ke Hd saja.



Wednesday, 2 May 2018


Scene Minyak

Scene ni bagi aku antara scene yang susah nak aku animate.Sebabnya boleh pulak bekas minyak itu jauh dari character robot aku tu.Jadi nak tak nak aku terpaksa jugak cari jalan macam mane nak capai bekas minyak tu.

                                                                                
 


Tadaaaaa...dan inilah cara yang aku dapat fikir.Tiba-tiba idea ini muncul dalam kepala aku yang ak just drag bahu robot ini, so tangan robot ini dapat capai ke botol minyak itu.Sebab dia nak minyak itu untuk dia letak ke roda dikaki dia so boleh kurangkan karat dekat roda dia dan boleh dia jalan seperti biasa.

Tuesday, 1 May 2018










Scene First Final Year Project 2

Remake balik scene pertama yang sebelum ni kurang menarik dan camera angle yang tak ada sense of art.Model jam dalam gambar diatas adalah refernce dari cerita animation Film `The Robot`.Pada mulanya aku nak render 2D punya style.Tapi disebabkan aku tak mahir lagi selok belok software Blender ini,jadi result 2D rendering jadi seperti gamba diatas.

  So, aku buat keputusan untuk render seperti biasa yang ke arah realistic.Walaupun aku tahu yang pc aku tak mampu nak menanggung untuk render 3 minit short film yang perlu disiapkan lagi lebih kurang 3 minggu lagi.Lepas beberapa cubaan ak buat untuk cari angle yang terbaik yang ak rasa ok untuk tak bosankan audience bila tengok Fyp short film aku.Maka dengan izinnya terjadi la angle yang dipersembahkan di gmba bawah.


 
Final for First Scene

Short angle yang ak pilih adalah close up pada jam tu dan jarum jam tu bergerak menunjukkan jam pukul 7pagi.

Monday, 30 April 2018




Title animation short film in progress



Time ini banyak masa habis terbuang sebab nk skecth dan cari idea untuk title permulaan short film Spare part ini. Lepas dah siap model,masalah timing animation pulak nak kena hadap satu-satu.Belum lagi masuk part nak texturing lagi.Pada yang tak tahu texturing tu apa, sekarang korang tengok gamba dekat atas ni nampak kosong dan clean saja.

Klu ikotkan gear dan besi mesti ada kesan-kesan karat dia.So yang karat-karat itu lah yang kena masok kan kedalam gear-gear tu dan besi-besi dalam tu..nak cita panjang-panjang memang takkan habis.But once you learn, you will understand.


Sunday, 29 April 2018

https://www.facebook.com/hilmon.mohd/videos/2080458365314251/?t=0

Yess...lama dah torai buat video ni..kali ini berjaya jugak.Ini semua pasal viral video dari Dude Perfect  yang buat video-video style teruk punya..Tak tahu la depa buat berapa banyak kali..

Yang aku punya ni dah masok ke kali ke 15 punya baru kotak gery tu masuk dalam tong sampah itu.Biasa la kan bila kita berjaya ada saja orang yang tak puas hati..nak buat macam mane kan dah kita memang hebat..so cakap pada tangan macam lagu stacy baru.

Sori geng dapat share link dekat atas kalau nak tengok video yang ak cakap itu..nak upload video dia tak jadi pulak...See yaa..

Saturday, 28 April 2018

Padah bila tukar character ini sakitnya bila aku terpaksa update balik semua dalam model pack aku...oh maii..Ini ak belanja sikit storyboard untuk 1minit pertama short film aku.Scene masa ini robot ini dalam keadaan yang tidur la.Lepas itu, dia bekas askar dahulu jadi ada scene dia mengigau ibarat dia masih didalam zaman peperangan.

Dan lepastu dia pun tersedar dari tidur dengan keadaan terkejut.

Friday, 27 April 2018

Character baru yang aku model yang lebih proper dan punyai character dia tersendiri.Model baru ini aku create dimana dia ini adalah character robot askar pencen yang duduk dialam garage dia seperti biasa dia melepak dan berlegar legar dalam garage dia.Robot ini aku adaptasi dari robot cerita Wall-E dan juga filem The Robot.Amik masa dua bulan jugak aku nak cari idea untuk create character robot ni.
 
Character yang lama aku jadikan dia sebagai watak kawan kepada watak yang baru ini.Cuma main shape robot yang baru ini lebih aku refer pada character dari creature box.

Thursday, 26 April 2018


Sekali sekala kita perlukan ketenangan bukan?...dengan itu terbitlah sesi bermain game Blacksot yang memang menjadi idaman remaja zaman sekarang.Macam yang korang suma nampak gambar dekat atas,partner aku yang baru je diiktirafkan sah menjadi patrner sejati dalam game blackhot ini.Demi misi menyelamatkan negara bangsa dan agama.

Tuesday, 20 February 2018

Final Presentation 1

Setelah diextand dari hari ke hari,inilah dia masa yang dinantikan sudah pun tiba..Presentation Fyp 1

Time ni memang kerja halai balai nya style..tak kemas langsung..maklumlah masa mencemburui (kononnya).Alhamdulillah dapat siapkan juga 1 minit progress.Pada korang yang tak tahu macam mana budak animation dekat unikl present,ini la dia suasananya macam mana hasil kerja student dinilai bukan calang-calang orang datang.Orang industri yang dah lama dalam bidang animation yang akan tengok kerja student-student ni.So paham-paham la standard animation yang macam mana student unikl kena buat nak impress orang industri yang datang ni..